Keutamaannya bukan sahaja nilai untuk wang tetapi juga nilai untuk manusia. FOMCA berusaha untuk mempertingkatkan melalui kuasa beli pengguna, pembangunan berasaskan keperluan yang memastikan keadilan sosio-ekonomi dan alam sekitar bagi mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik untuk semua Rakyat.
Objektif FOMCA
FOMCA ditubuhkan dengan tujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:
- Untuk memperkuatkan perkembangan pergerakan pengguna di Malaysia.
- Meneliti isu-isu dan masalah pengguna dan berjuang untuk hak-hak pengguna.
- Untuk berjuang menerusi kuasa beli pengguna demi mendapatkan satu orientasi pembangunan yang akan menjamin keadilan sosio ekonomi dan kualiti alam sekitar yang lebih baik bagi semua.
- Menyelaras dan menjadi badan perunding bagi organisasi pengguna yang lain di Malaysia
Falsafah FOMCA
FOMCA bukan hanya sebuah pertubuhan pengguna, tetapi juga sebuah pertubuhan pembangunan.
FOMCA inginkan mewujudkan keadaan-keadaan seperti berikut:
- Mewujudkan sifat berdikasi di kalangan para pengguna iaitu " - "Perlindungan Paling Berkesan ialah Perlindungan Sendiri."
- Mewujudkan pembangunan berorientasikan kepada menunaikan keperluan asas manusia melalui kuasa beli kita sebagai pengguna bagi mewujudkan satu kebudayaan hidup yang sesuai, bahagian dan tidak membazir.
Peranan FOMCA
Demi mencapai falsafah-falsafah di atas, FOMCA mengamalkan empat pendekatan penting iaitu:
- Sebuah badan yang memberi dan menyebarkan maklumat.
- Sebuah badan pendidik yang memberi pendidikan kepada semua pengguna.
- Sebuah badan bertindak yang memberi perlindungan kepada pengguna.
- Sebuah badan yang menyiasat, membuat kajian dan ujian untuk memperolehi maklumat yang benar
No comments:
Post a Comment